Tuesday, April 29, 2008

AKTIVITI LDP KALI PERTAMA

KURSUS PENINGKATAN P&P


Kursus Dalam Perkhidmatan untuk kali pertama untuk guru-guru SK.Sri Suria 3 (SKSS3) telah diadakan pada 26 April 2008 yang lalu dengan memilih tajuk Peningkatan P&P Melalui Zoom-A.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK.Sri Suria 3, Pn.Hjh.Kamariah Bt Abdullah. Dalam Ucapan serba ringkas beliau mengharapkan guru-guru akan mengambil peluang untuk mendapat segala maklumat mengenai Pembelajaran Interaktif Zoom-A secara "first hand imformation"demi mempertingkatkan pencapaian prestasi akademik murid-murid SKSS3.



Para peserta seramai 45 orang telah mengambil tempat seawal jam 8:00 pagi bagi mengikut kursus yang akan dijalankan.











Para peserta terdiri daripada para pentadbir dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran teras dan bukan teras UPSR.



Penerangan dan kursus diberi oleh pengurus One Touch Education, Mr Lee. Beliau menerangkan kelebihan yang terdapat dalam sistem pembelajaran interaktif secara online yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam peperiksaan atau ujian bulanan. Beliau memegang prinsip "practice make perfect". Oleh itu, zoom-a merupakan platform yang tepat ke arah yang diingini.








Berhenti rehat untuk makan tengah hari sebelum kursus bersambung semula jam 2:00 petang. Hidangan istimewa untuk semua.
Selamat menjamu selera.










Kursus disambung jam 2:00 petang para peserta mengambil tempat dan kursus iteruskan. Kursus tamat pada jam 4:15 petang.









Adat orang berbudi kita berbahasa, sebagai tanda kenangan dan terima kasih pihak sekolah,  Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Mr.Lee.














Tetamu yang datang tak kan pulang dengan tangan kosong, tuan rumah juga ada menyediakan cenderahati kenangan kepada pihak sekolah.












Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan rakan guru menghadiri kursus yang kami anjurkan. Semoga kursus kita pada hari ni memberi impak maksima kepada para guru untuk meneruskan langkah cemerlangan akademik SKSS3.



























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Wednesday, April 23, 2008

Kecemerlangan SKSS3



Tahun 2004, SKSS3 telah mewakili Kelantan dalam pencalonan Sekolah Harapan Negara Kategori Sekolah Luar Bandar dan telah berjaya mendapat tempat naib johan. Segala usaha yang dicurahkan untuk melihat sekolah yang disayangi ini berjaya dalam pencalonan itu dirasakan berbaloi. Penat lelah dan cabaran yang dihadapi semasa pertandingan menjadikan kami warga SKSS3 mendapat satu pengalaman yang tiada ternilai dalam usaha menjadikan SKSS3 sebagai sebuah sekolah yang Terbilang suatu hari nanti.












Kejayaan yang dikecapan secara seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum membolehkan SKSS3 sekali lagi dicalonkan memwakili Kelantan dalam merebut Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran pada tahun 2006. Alhamdulillah di atas usaha berterusan tanpa meletakkan kepentingan individu mengatasi agenda kecemerlangan pendidikan serta instrumen kepada memperkasakan Sekolah kebangsaan yang menjadi salah satu dari teras PIPP Kementerian Pelajaran maka ternobatlah SKSS3 sebagai penerima sulung Tropi Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran pada tahun tersebut.






Kecemerlangan SKSS3 diteruskan lagi pada tahun 2007, apabila sekolah ini dianugerahkan antara Sekolah Cemerlang Malaysia. Majlis pencapaian Anugerah Sekolah Cemerlang ini telah diadakan di PICC Putrajaya, dan disampaikan oleh Menteri Pelajaran YB.Dato'Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam majlis yang gilang gemilang yang menjadi sejarah kepada kami guru-guru dan pelajar-pelajar yang menghadiri majlis tersebut. Mungkin ini hanya sekali dalam perkhidmatan perguruan kami. Alhamdulillah.

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Sri Suria 3, Tanah Merah, Kelantan. Ditubuhkan pada 1 Januari 1994 dengan nama Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Suria 3. Sekolah ini diasaskan oleh 5 orang pentadbir, 18 orang guru dan 493 orang murid yang diambil dari sekolah asal Sk.Sri Suria.


Dua blok bangunan 1 tingkat dengan 9 bilik darjah diperuntukkan dan diubahsuai kepada pejabat, bilik guru, stor sukan, perpustakaan dan 6 buah bilik darjah.
Keadaan berkongsi bangunan menjadikan persekolahan terpaksa diadakan dalam 2 sesi pagi dan petang. Bilangan kelas sebanyak 12 kelas dari tahun 1, tahun 2 dan tahun 3 sesi petang manakala tahun 4 sesi pagi.



Pada 5 Jun 2001, SK.Sri Suria 3, telah berpindah ke bangunan baru. Bermulah era baru bagi SK, Sri Suria 3 dengan semangat untuk menjadikan salah sebuah sekolah yang terbilang di Malaysia