Tahun 2004, SKSS3 telah mewakili Kelantan dalam pencalonan Sekolah Harapan Negara Kategori Sekolah Luar Bandar dan telah berjaya mendapat tempat naib johan. Segala usaha yang dicurahkan untuk melihat sekolah yang disayangi ini berjaya dalam pencalonan itu dirasakan berbaloi. Penat lelah dan cabaran yang dihadapi semasa pertandingan menjadikan kami warga SKSS3 mendapat satu pengalaman yang tiada ternilai dalam usaha menjadikan SKSS3 sebagai sebuah sekolah yang Terbilang suatu hari nanti.
Kejayaan yang dikecapan secara seimbang dalam bidang kurikulum dan kokurikulum membolehkan SKSS3 sekali lagi dicalonkan memwakili Kelantan dalam merebut Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran pada tahun 2006. Alhamdulillah di atas usaha berterusan tanpa meletakkan kepentingan individu mengatasi agenda kecemerlangan pendidikan serta instrumen kepada memperkasakan Sekolah kebangsaan yang menjadi salah satu dari teras PIPP Kementerian Pelajaran maka ternobatlah SKSS3 sebagai penerima sulung Tropi Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran pada tahun tersebut.
Kecemerlangan SKSS3 diteruskan lagi pada tahun 2007, apabila sekolah ini dianugerahkan antara Sekolah Cemerlang Malaysia. Majlis pencapaian Anugerah Sekolah Cemerlang ini telah diadakan di PICC Putrajaya, dan disampaikan oleh Menteri Pelajaran YB.Dato'Seri Hishamuddin Tun Hussein dalam majlis yang gilang gemilang yang menjadi sejarah kepada kami guru-guru dan pelajar-pelajar yang menghadiri majlis tersebut. Mungkin ini hanya sekali dalam perkhidmatan perguruan kami. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment