Tuesday, April 29, 2008

AKTIVITI LDP KALI PERTAMA

KURSUS PENINGKATAN P&P


Kursus Dalam Perkhidmatan untuk kali pertama untuk guru-guru SK.Sri Suria 3 (SKSS3) telah diadakan pada 26 April 2008 yang lalu dengan memilih tajuk Peningkatan P&P Melalui Zoom-A.


Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK.Sri Suria 3, Pn.Hjh.Kamariah Bt Abdullah. Dalam Ucapan serba ringkas beliau mengharapkan guru-guru akan mengambil peluang untuk mendapat segala maklumat mengenai Pembelajaran Interaktif Zoom-A secara "first hand imformation"demi mempertingkatkan pencapaian prestasi akademik murid-murid SKSS3.



Para peserta seramai 45 orang telah mengambil tempat seawal jam 8:00 pagi bagi mengikut kursus yang akan dijalankan.











Para peserta terdiri daripada para pentadbir dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran teras dan bukan teras UPSR.



Penerangan dan kursus diberi oleh pengurus One Touch Education, Mr Lee. Beliau menerangkan kelebihan yang terdapat dalam sistem pembelajaran interaktif secara online yang boleh dimanfaatkan oleh murid-murid bagi meningkatkan pencapaian akademik mereka dalam peperiksaan atau ujian bulanan. Beliau memegang prinsip "practice make perfect". Oleh itu, zoom-a merupakan platform yang tepat ke arah yang diingini.








Berhenti rehat untuk makan tengah hari sebelum kursus bersambung semula jam 2:00 petang. Hidangan istimewa untuk semua.
Selamat menjamu selera.










Kursus disambung jam 2:00 petang para peserta mengambil tempat dan kursus iteruskan. Kursus tamat pada jam 4:15 petang.









Adat orang berbudi kita berbahasa, sebagai tanda kenangan dan terima kasih pihak sekolah,  Tuan Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada Mr.Lee.














Tetamu yang datang tak kan pulang dengan tangan kosong, tuan rumah juga ada menyediakan cenderahati kenangan kepada pihak sekolah.












Terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan rakan guru menghadiri kursus yang kami anjurkan. Semoga kursus kita pada hari ni memberi impak maksima kepada para guru untuk meneruskan langkah cemerlangan akademik SKSS3.



























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































No comments: